Biasiswa Sukan Kementerian Belia Dan Sukan 2013/2014

Biasiswa Sukan Kementerian Belia Dan Sukan 2013/2014 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Sukan Kementerian Belia Dan Sukan 2013/2014

Kementerian Belia dan Sukan mempelawa belia-belia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian sepenuh masa dalam bidang Diploma in Football Studies, Diploma in Sports Fashion dan Diploma in Sports Club Management di Cyberlynx International College bagi sesi pengajian 2013/2014

Program Yang Ditawarkan

  • Diploma in Football Studies
  • Diploma in Sports Fashion
  • Diploma in Sports Club Management

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 -25 tahun
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan LULUS Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia
  • Pemohon mestilah dari keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3,000.00 dan ke bawah
  • Mempunyai minat di dalam bidang sukan dan tidak terikat dengan mana-mana
    Institusi.

Jumlah Biasiswa

  • Yuran pengajian sebanyak RM32,000 sepanjang sesi pengajian

Tarikh Tutup Permohonan

  • 3 September 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Biasiswa Sukan Kementerian Belia Dan Sukan 2013/2014 atau muat turun borang permohonan disini

Biasiswa Tun Dr Mahathir – Yayasan Pendidikan Cheras 2013

Biasiswa Tun Dr Mahathir – Yayasan Pendidikan Cheras 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Tun Dr Mahathir – Yayasan Pendidikan Cheras 2013

Biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC adalah sebuah biasiswa khas yang telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian tinggi di Kolej Teknologi YPC Kuala Lumpur. Pelajar yang ditawarkan biasiswa ini boleh mengikuti kursus foundation dalam beberapa bidang selama setahun di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur dengan Kerjasama Liverpool John Moores University , United Kingdom – U.K Degree (3+0).

Program Yang Ditawarkan

  • Foundation in Business & Information Technology KPT/JPS (A8657) 07/12
  • Foundation in Business KPT/JPS (N/340/3//0051) 11/16

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Lepasan SPM dengan minima 5 Kredit.
  • Pelajar-pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi – YPC Kuala Lumpur dalam bidang pengajian yang dinyatakan diatas

Jumlah Biasiswa

  • Pengajian penuh 100% untuk membiayai yuran pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan

  • 24 September 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Biasiswa Tun Dr Mahathir – Yayasan Pendidikan Cheras 2013

Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2013

Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2013

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

Program Yang Ditawarkan

  • Tidak dinyatakan

Syarat Kelayakan

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia, adalah tidak layaka memohon
  • Mempunyai kelulusan Akademik yang kegiatan kokurikulu yang cemerlang
  • Lulus peringkat SPM tahun 2012 seperti berikut :
    • Mendapat 8A dan keatas
    • Mendapat 7A dan keatas bagi pelajar yang menghafaz Al-Quran 15 Juzu ke atas
  • Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / Kewangan
    Islam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Pemohonan Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2013/2014 (UPU Online

Jumlah Biasiswa

  • Elaun sara hidup : RM5000 setahun
  • Yuran pengajian seperti yang ditetapkan institusi pengajian

Tarikh Tutup Permohonan

15 April 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang 2013

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2013

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2013

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

Program Yang Ditawarkan

  • Tidak dinyatakan

Syarat Kelayakan

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia, adalah tidak layaka memohon
  • Mempunyai kelulusan Akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara
  • Lulus peringkat SPM atau STPM 2012 seperti berikut :
    • Calon SPM : 9A+ keatas
    • Calon STPM : 4 Prinsipal A
  • Diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang diiktiraf oleh kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara)
  • Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul
  • Mempunyai taraf kesihatan yang baik

Jumlah Biasiswa

  • Elaun sara hidup
    • Perubatan : RM9240
    • Lain-lain bidang : RM8400
  • Elaun buku
    • Perubatan : RM1000
    • Lain-lain bidang : RM600
  • Elaun alat perkakas : RM500
  • Elaun kertas projek : RM200
  • Elaun komputer : RM5000
  • Yuran pengajian (seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian)
  • Tambang kapal terbang (Sekali setahun, pergi dan balik untuk pusat pengajian di Sabah dan Sarawak)

Tarikh Tutup Permohonan

15 April 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2013

Biasiswa PIDM 2013

Biasiswa PIDM 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa PIDM 2013

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia adalah badan berkanun yang mempromosikan secara aktif keyakinan orang ramai terhadap kestabilan sistem kewangan Malaysia. Ia juga melindungi pendeposit daripada kehilangan deposit  serta kemudahan takaful dan insurans mereka sekiranya terdapat kegagalan dari pihak ahli institusi.   Program biasiswa PIDM ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia berkelayakan yang memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di Malaysia.

Program Yang Ditawarkan

  • Accounting
  • Banking
  • Business Administration
  • Finance
  • International Business
  • Islamic Banking
  • Financial Banking and Management
  • Computer Science / Information Technology
  • Economics
  • International Financial Economics
  • Statistics
  • Actuarial Science
  • Law / Shariah Law
  • Human Development / Human Resource Development
  • Risk Management and Insurance
  • Insurance
  • Lihat senarai Universiti yang diperakui pihak PIDM

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang berumur kurang daripada 25 tahun (pada 1 Januari 2012) dan sedang belajar secara sepenuh masa
  • Mempunyai keputusan yang baik dalam SPM/STPM atau setaraf (dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris)
  • Melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam mana-mana kursus berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan, yang telah disahkan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) di kolej atau universiti yang diterima oleh PIDM
  • Tidak menerima mana-mana anugerah biasiswa atau bantuan kewangan yang lain
  • Tidak pernah diberhentikan dari menerima mana-mana biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah daripada institusi lain disebabkan oleh tindakan disiplin terhadap pemohon.
  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan jika syarat kelayakan yang dinyatakan diatas.
  • Lihat syarat kelayakan penuh disini

Jumlah Biasiswa

  • Sehingga RM10,000 setahun bagi yuran pengajian atau nilai sebenar, yang mana lebih rendah
  • Sehingga RM2,000 bagi elaun termasuk alat bantuan pelajaran, komputer, alat tulis, dan keperluan lain atau sehingga RM4,000
  • Sehingga RM6,000 elaun setahun atau RM500 sebulan

Tarikh Tutup Permohonan

29 April 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Biasiswa PIDM 2013

Biasiswa Dana KCM 2013

Biasiswa Dana KCM 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Dana KCM 2013

Sejak 2010, DANA KCM telah berjaya disalurkan kepada lebih 952 orang pelajar pelbagai jurusan di seluruh negara. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para dermawan yang berhati mulia. Lebih banyak dana akan ditawarkan pada tahun ini.

Program Yang Ditawarkan

  • Tidak dispesifikasikan.

Syarat Kelayakan

  • Pelajar lepasan SPM (tidak kira tahun peperiksaan SPM yang diambil)
  • Lulus ataupun tidak lulus langsung dalam SPM
  • Pelajar lepasan PMR (untuk kursus sijil kemahiran)
  • Mendapat tawaran belajar di mana-mana institusi swasta melalui Dana KCM***
  • Pelajar-pelajar yang sudah mendapat tawaran terlebih dahulu daripada institusi, tidak layak mendapat Dana KCM
  • Pelajar-pelajar yang menamatkan pelajaran mereka dari sebuah institusi dan ingin melanjutkan pelajaran mereka di institusi lain.
  • Kakitangan kerajaan dan swasta yang ingin belajar separuh masa / sepenuh masa.
  • Semua pelajar akan diberikan wang tunai sumbangan daripada Dana KCM tidak kira miskin ataupun kaya, lulus atau gagal. Kelayakan utama untuk Dana KCM adalah keinginan untuk melanjutkan pelajaran kemana-mana institusi swasta.

***permohonan melalui Dana KCM bermaksud borang permohonan masuk ke institusi pilihan mesti disertakan kepada pihak pengurusan Dana KCM. Pihak pengurusan Dana KCM yang akan menghantar borang permohonan kemasukan ke institusi pilihan pelajar. Ini bermaksud pelajar tidak perlu menghantar menghantar secara sendiri. Hanya emelkan Borang Kemasukan Institusi pilihan ke borang@danakcm.my ataupun poskan ke alamat Dana KCM, Lot 17 & 19, Tingkat 6, The Boulevard Office, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.

 

Jumlah Biasiswa

  • Tidak dinyatakan

Tarikh Tutup Permohonan

  • Tidak dinyatakan

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Biasiswa Dana KCM 2013