Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2013

KONGSIKAN :

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2013

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria yang dimaklumakan pada bahagian syarat-syarat kelayakan

Program Yang Ditawarkan

  • Ijazah Pertama
  • Diploma
  • Sijil (IPTA)
  • Sijil (bidang kemahiran & teknikal)

Syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon);
  • Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja;
  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan;
  • Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.

 

Ijazah Pertama

  • Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkatSTPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM

Diploma

  • Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
  • Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.

Sijil (IPTA)

  • Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM

Sijil (bidang kemahiran & teknikal)

  • Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM

 

Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor

  • Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana MudaDiploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).

Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir Fast Track Negeri Selangor

  • Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

 

Jumlah Pinjaman

  • Ijazah (Perubatan) – RM7000
  • Ijazah (Lain-lain) – RM6500
  • Diploma – RM4900
  • Sijil – RM4900

Tarikh Tutup Permohonan

28 Februari 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon, layari laman Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 2013

Leave a Comment.

Connect with: