Biasiswa Sukan Kementerian Belia Dan Sukan 2013/2014

Biasiswa Sukan Kementerian Belia Dan Sukan 2013/2014 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Sukan Kementerian Belia Dan Sukan 2013/2014

Kementerian Belia dan Sukan mempelawa belia-belia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian sepenuh masa dalam bidang Diploma in Football Studies, Diploma in Sports Fashion dan Diploma in Sports Club Management di Cyberlynx International College bagi sesi pengajian 2013/2014

Program Yang Ditawarkan

  • Diploma in Football Studies
  • Diploma in Sports Fashion
  • Diploma in Sports Club Management

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 -25 tahun
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian termasuk Bahasa Malaysia dan LULUS Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia
  • Pemohon mestilah dari keluarga yang berpendapatan isi rumah RM3,000.00 dan ke bawah
  • Mempunyai minat di dalam bidang sukan dan tidak terikat dengan mana-mana
    Institusi.

Jumlah Biasiswa

  • Yuran pengajian sebanyak RM32,000 sepanjang sesi pengajian

Tarikh Tutup Permohonan

  • 3 September 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Biasiswa Sukan Kementerian Belia Dan Sukan 2013/2014 atau muat turun borang permohonan disini

Biasiswa Tun Dr Mahathir – Yayasan Pendidikan Cheras 2013

Biasiswa Tun Dr Mahathir – Yayasan Pendidikan Cheras 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Tun Dr Mahathir – Yayasan Pendidikan Cheras 2013

Biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC adalah sebuah biasiswa khas yang telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian tinggi di Kolej Teknologi YPC Kuala Lumpur. Pelajar yang ditawarkan biasiswa ini boleh mengikuti kursus foundation dalam beberapa bidang selama setahun di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur dengan Kerjasama Liverpool John Moores University , United Kingdom – U.K Degree (3+0).

Program Yang Ditawarkan

  • Foundation in Business & Information Technology KPT/JPS (A8657) 07/12
  • Foundation in Business KPT/JPS (N/340/3//0051) 11/16

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar Lepasan SPM dengan minima 5 Kredit.
  • Pelajar-pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi – YPC Kuala Lumpur dalam bidang pengajian yang dinyatakan diatas

Jumlah Biasiswa

  • Pengajian penuh 100% untuk membiayai yuran pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan

  • 24 September 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Biasiswa Tun Dr Mahathir – Yayasan Pendidikan Cheras 2013

Biasiswa Gamuda 2013

Biasiswa Gamuda 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Gamuda 2013

Program Yang Ditawarkan

  • Kejuruteraan (Civil, Mechanical, Electrical & Enviromental)
  • Quantity surveyng / Housing, Building & Planning
  • Business Administration & Social Sciences

Syarat Kelayakan

  • Mendapat sekurang-kurangnya 3A didalam STPM atau setaraf (cth. A-level, Matrikulasi, Foundation, Asasi, Diploma)
  • Mampu bertutur didalam Bahasa Inggeris dengan baik, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, budi bahasa dan keperibadian yang baik, dan komited untuk berjaya
  • Mendapat tawaran kemana-mana insitusi pengajian dengan bidang yang dinyatakan diatas pada waktu temuduga
  • Memperlihatkan bukti memerlukan bantuan kewangan
  • Bersedia untuk berkhidmat untuk Gamuda Group untuk tempoh yang dispesifikasikan selepas menamatkan pengajian
  • Mestilah tidak mendapat biasiswa, pinjaman atau bantuan pelajaran dari mana-mana organisasi lain

Jumlah Biasiswa

  • Pembiayaan yuran pengajian penuh dan sara hidup untuk universiti tempatan, awam atau swasta
  • Pembiayaan yuran pengajian penuh / separa untuk universiti luar negara tempatan

Tarikh Tutup Permohonan

10 Mei 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman

Biasiswa Maxis 2013 Ijazah

Biasiswa Maxis 2013 Ijazah kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Maxis 2013 Ijazah

Maxis kini menawarkan biasiswa bagi pelajar pada peringkat ijazah kepada pelanggan atau anak kepada pelanggan mereka yang cemerlang di dalam akademik dan aktiviti kokurikulum. Biasiswa ini juga dibuka kepada pelajar yang merupakan anak kepada pekerja syarikat.

Program Yang Ditawarkan

Syarat Kelayakan

  • Pemohon atau ibu bapa mestilah pelanggan pascabayar Maxis dengan minima penggunaan setahun servis pascabayar Maxis dan mempunyai record pembayaran yang baik. Anak kepada pekerja Maxis juga boleh memohon
  • Pemohon mestilah berumur 23 tahun kebawah pada tarikh permohonan
  • Pemohon mestilah tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana institusi dan mendapat tawaran pengajian di dalam atau luar negara sebelum menerima biasiswa dari Maxis
  • Pemohon mestilah menghabiskan atau sedang mengikuti pengajian asasi/foundation pada waktu permohonan
  • Pemohon yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat ijazah juga boleh memohon
  • Pemohon mestilah mendapat:
    • Minimum 6A dalam SPM
    • Asasi
      • STPM : 3A
      • Diploma : CGPA 3.5
      • A Level : 3A
      • Australian Tertiary Admission Rank : 90.0
      • Foundation atau asasi yang dikenali : CGPA 3.5
      • International Baccalaureate : 36.0
    • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah : CGPA 3.5
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik
  • Aktif dalam bidang kokurikulum
  • Mempunyai ciri kepimpinan

Jumlah Biasiswa

  • Tidak dinyatakan

Tarikh Tutup Permohonan

10 Mei 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman

Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2013

Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2013

Permodalan Nasional Berhad (PNB), merupakan syarikat pengurusan aset terkemuka di Malaysia yang terlibat dalam menguruskan pelbagai portfolio untuk memenuhi jangkaan dan keperluan pelaburan pemegang unit amanah. Dalam usaha PNB untuk menjadi syarikat pengurusan aset bertaraf dunia, PNB menjemput calon lepasan SPM 2012 untuk memohon Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2013

Program Yang Ditawarkan

  • Perakaunan dan Kewangan 
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari
  • Matematik dan Ekonomi
  • Matematik dan Statistik
  • Matematik dan Statistik (Kewangan)
  • Pengurusan Risiko
  • Pengurusan Hospitaliti
  • Hartanah

Syarat Kelayakan

  • Memperolehi minima 8A (A dan A+) Sijil Pelajaran Malaysia 2012
  • Memperolehi minima gred 2A bagi subjek Bahasa Inggeris GCE-O Sijil Pelajaran Malaysia 2012
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2013
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan, kualiti kepimpinan yang tinggi serta semangat kerja berpasukan
  • Mempunyai kemahiran sosial dan komunikasi yang cemerlang
  • Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana anugerah biasiswa dari PNB

Syarat Tawaran

  • Mengikuti pengajian peringkat A-Level dan International Baccalaureate (IB) di kolej yang ditetapkan oleh PNB
  • Mendapat tempat di universiti yang ditetapkan oleh PNB setelah lulus pengajian peringkat A-Level atau IB
  • Memilih dengan teliti satu daripada disiplin berikut untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda

Jumlah Biasiswa

  • Tidak dinyatakan

Tarikh Tutup Permohonan

19 April 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Anugerah Biasiswa PNB Luar Negara 2013 atau muat turun borang permohonan

Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor 2013

Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor 2013

Program Yang Ditawarkan

  • Tidak dispesifikasikan

Syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah Warga Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5)
    tahun berturut-turut di Negeri Johor
  • Pemohon mestilah telah mendapat tawaran tempat pengajian atau sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi
    Dalam / Luar Negara;
  • Pemohon tiada mendapat tajaan dari mana-mana agensi;
  • Pendapatan Ibu dan Bapa atau Penjaga tidak melebihi RM10,000.00.
  • Muat turun syarat-syarat permohonan pinjaman boleh ubah YPJ
  • Muat turun syarat-syarat am permohonan

Jumlah Biasiswa

  • Tidak dinyatakan

Tarikh Tutup Permohonan

Tidak dinyatakan

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut layari dan cara mendaftar, layari laman Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor 2013 atau muat turun file pdf panduan memohon