Biasiswa Shell 2013 Luar Negara
Biasiswa Shell 2013 Luar Negara bagi tahun 2013 kini dibuka bagi permohonan pengajian ijazah di beberapa buah Universiti di United States dan United Kingdom. Maklumat bagi memohon boleh dilihat dibawah:

Maklumat Biasiswa Shell 2013 Luar Negara
Setiap tahun, Shell Malaysia menawarkan sejumlah biasiswa bagi menyokong pelajar mencapai matlamat dan cita-cita mereka. Pelajar tempatan yang berminat melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa bagi program ijazah di Universiti tempatan boleh memohon. Pelajar kurang upaya digalakkan membuat permohonan.
Program Yang Ditawarkan
- Sebarang bidang kejuruteraan teknikal (Eg. Including and not limited to Mechanical Engineering, Electrical Engineering, Petroleum Engineering, Civil Engineering, Environmental Engineering dan lain-lain)
- Sebarang disiplin Geosains (Eg. Geomatics, Geology)
Syarat Kelayakan
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik dan aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti kelab, persatuan, sukan dan sebagainya
- Tidak mendapat biasiswa/pinjaman pelajaran dari mana-mana badan atau institusi lain
- Pencapaian akademik cemerlang dalam percubaan STPM (minima 3A & 1B) atau keputusan forecast A-levels (2A & 1B) atau
- Mendapat CGPA minima 3.5 di peringkat matrikulasi atau diploma
- Kad Kurang Upaya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi pelajar kurang upaya)
Jumlah Biasiswa
Tidak dinyatakan
Tarikh Tutup Permohonan
30 Januari 2013
Senarai Universiti Luar Negara Yang Dicadangkan
- Imperial College London
- Massachusetts Institute of Technology
- Texas A&M University
- University of Bristol
- University of Cambridge
- University of Sheffield
Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar
Untuk maklumat lanjut, senarai Universiti yang ditawarkan dan juga cara memohon, layari laman Biasiswa Shell 2013 Luar Negara
Pingback: Biasiswa Shell 2013 Dalam Negara - myBiasiswa