Biasiswa Pendidikan The Star 2013

Biasiswa Pendidikan The Star 2013 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Pendidikan The Star 2013

The Star menyokong kepentingan pendidikan dalam mebangunkan masyarakat yang berilmu. Dalam menyokong matlamat ini, The Star Education Fund telah diasaskan pada tahun 1994 dengan matlamat menyediakan peluang pendidikan kepada belia Malaysia yang layak dan memerlukan. Setiap tahun, The Star akan membuat kerjasama dengan pelbagai Universiti tempatan dan luar negara bagi menjadikan aspirasi ini satu kenyataan.

Program Yang Ditawarkan

  • Lihat senarai penuh Universiti dan program yang ditawarkan disini

Syarat Kelayakan

  • Menjadi rakyat Malaysia berumur tidak lebih 25 tahun pada 1 Januari 2013.
  • Cemerlang dalam bidang kokurikulum dan aktif didalam aktiviti sukan
  • Tidak mempunyai ikatan atau mendapat bantuan pelajaran dari mana-mana institusi lain.
  • Untuk pringkat Foundation / Diploma courses, pemohon mestilah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM / UEC atau setaraf.
  • Untuk peringkat Advanced Diploma / Degree pemohon mestilah mempunyai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan STPM / A-Level / UEC atau setaraf.

Jumlah Biasiswa

  • Tidak dinyatakan

Tarikh Tutup Permohonan

2 minggu selepas tarikh pengumuman keputusan SPM atau STPM

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon, layari laman Biasiswa Pendidikan The Star 2013

1 comment

Leave a Reply

Connect with:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>