Biasiswa Maybank 2013 Luar Negara

KONGSIKAN :

Biasiswa Maybank 2013 Luar Negara kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa Maybank 2013 Luar Negara

Sejak bermulanya anugerah biasiswa ini pada tahun 1972, Maybank telah membiayai lebih daripada 1000 pelajar disamping menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka. Biasiswa ini sebahagian daripada falsafah syarikat, untuk membantu pelajar melanjutkan pengajian mereka dan mendapat kerjaya dengan salah satu institusi kewangan terbesar negara.

Program Yang Ditawarkan

  • Engineering
  • IT
  • Information Systems
  • Mathematics
  • Shariah
  • Fiqh
  • LLB Shariah
  • Islamic Economic
  • Accounting, Finance
  • Actuarial Science
  • Business
  • Business Admin
  • Commerce
  • Economics
  • Human Resource Management
  • International Relations
  • Law
  • Organisational / Social Psychology
  • Sales
  • Marketing
  • Statistics
  • Operational Research.

Syarat Kelayakan

  • Mendapat sekurang-kurangnya 6A (Percubaan 2012 atau keputusan sebenar) dalam SPM atau setaraf
  • Jumlah pendapatan isi rumah tidak lebih RM120,000 setahun.
  • Mempunyai pengalaman kepimpianan dalam aktiviti kokurikulum
  • Individu yang bersemangat tinggi yang mencari kerjaya yang mencabar dan memberikan ganjaran apabila tamat pengajian
  • Pemohon mestilah tidak mendapat mana-mana biasiswa dari organisasi atau institusi lain.

Jumlah Biasiswa

  • Biasiswa penuh daripada asasi/foundation sehingga peringkat ijazah (Yuran pengajian, laptop, tempat tinggal, elaun sara hidup)
  • Program persediaan kerjaya (internships, business assignments, Presentation Impact and Effective Communication programmes).
  • Kerja dengan Maybank selepas tamat pengajian.

Tarikh Tutup Permohonan

31 Mac 2013 (Dilanjutkan)

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon, layari laman Biasiswa Maybank 2013 Luar Negara

10 Comments

Leave a Comment.

Connect with: