Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012

Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012 kini dibuka bagi permohonan. Berikut merupakan maklumat bagi memohon biasiswa ini:

Maklumat Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa pelajar cemerlang Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 untuk mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran MARA bagi melanjutkan pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara, Program Ijazah Dalam Negara dan Diploma Cemerlang Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2013.

Program Yang Ditawarkan

  • Program Ijazah Luar Negara
  • Program Ijazah Dalam Negara
  • Diploma Cemerlang Institusi Pendidikan MARA
  • Muat turun senari lengkap program disini

 

Syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia dimana salah seorang ibu ATAU bapa mestilah berketurunan Melayu / Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2012 buat kali pertama.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
  • Lihat syarat penuh mengikut program disini

 

Jumlah Biasiswa

  • Tidak dinyatakan

Tarikh Tutup Permohonan

28 Mac 2013

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon, layari laman Biasiswa MARA 2013 – Program Khas Lepasan SPM 2012 atau muat turun file pdf ini

18 comments

  1. salam..sya pelajar spm 2012..sya mempunyai result yg agak cemerlang untuk mohon program ijazah luar negara tpi menjadi masalah pada sya tarikh pendaftaran telah tamat..bolehkah sya apply tahun depan dengan mengunakan result spm 2012???tolang terang…

      1. tq kerna maklumat itu..sya ada mempunyai kwn yg mempunyai result yg cemerlang tetapi bi dia tidak A…dia bercadang untuk ambil paper julai dan mendapat gred A utk mohon program nie…boleh ker dia memohon dgn keputusan paper julai itu..

  2. salam…mara bleh x lanjutkan lagi tarikh untuk permohonan biasiswa mara sampai hjung bulan mac?? kami mohon jasa baik drpada phak mara bagi pljar yg belum sempat memohon biasiswa tersebut

  3. slm, anak saya dpt tawaran kemasukan ke GMI july intake, tp saya x mampu, dlm masa yg sama dpt interview mara scholarship di mrsm mersing, bolehkah mara biayai anak saya ke GMI july intake ini atau kami kena tunggu keputusan interview..?

Leave a Reply

Connect with:

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>