Biasiswa JPA Politeknik 2013

KONGSIKAN :

Biasiswa JPA bagi pelajar yang berminat mengambil pengajian diploma di politeknik bagi sesi kemasukan tahun 2013 kini dibuka. Maklumat bagi membuat permohonan boleh dilihat dibawah :

Biasiswa JPA 2013 Politeknik

Maklumat Biasiswa JPA Politeknik 2013

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar-pelajar yang mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma di politeknik bagi kemasukan Sesi 2012/2013 untuk mendapat biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Program Yang Ditawarkan

Semua bidang yang ditawarkan oleh politeknik pada Sesi 2012/2013.

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada tarikh iklan
  • Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian tahun satu di politeknik pada bulan Januari Sesi 2012/2013 atau pada bulan Julain 2012/2013
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred C (Kepujian) dalam bahasa melayu
  • Memperolehi sekurang-kurangnya gred B dalam 6 mata pelajaran lain

Jumlah Biasiswa

Yuran Pengajian

Elaun alat pekakas : Dari RM50 ke RM250

Elaun Buku Setahun : RM400

Elaun Sara Hidup

  • Kadar A : RM7560
  • Kadar B : RM6426

Tarikh Tutup Permohonan

26 November 2012

Maklumat Lanjut Dan Cara Mendaftar

Sila layari laman JPA Politeknik 2013 untuk maklumat lanjut dan cara mendaftar.

2 Comments

Leave a Comment.

Connect with: